@Menjual Emas @Menjual Dinar @Membeli Emas @Membeli Dinar @Membeli Emas Terpakai @Membeli Surat Pajak


Ahad, 20 Disember 2009

Dinar Emas - Senjata Baru Umat Islam



Petikan artikel Prof Zuhaimy Ismail;


“Sistem riba’ orang kufur akan hancur dengan sendirinya sekiranya umat islam mula menolaknya dan menggantikan dengan sistem kewangan sebenar. Dinar Emas melambangkan kekuatan, kekayaan dan keadilan dalam islam”


Saya tertarik dengan satu artikel oleh Prof Zuhaimi Ismail dalam majalah Milenia Muslim keluaran Nov 09 ini bahawa musuh umat islam kini adalah Dolar Amerika. Setuju tak pembaca sekelian? Ini kerana wang kertas Dolar Amerika hanyalah alat perbankan Yahudi kufur sebenarnya. Ini petikan dari artikel beliau; 


“Mereka (Yahudi) sedar akan pentingnya kekayaan untuk menguasai dunia malah dalam protokol ke-21 secara terbuka mereka menyatakan mahu menguasai dunia dengan menguasai pegangan emas dunia.”


Artikel ini juga menyatakan bahawa merekalah yang memulakan sistem perbankan berasaskan wang kertas berunsurkan riba’ yang akhirnya menjadi institusi dinamakan “bank” yang diamalkan di seluruh dunia. 


Mereka menguasai IMF, Bank-bank utama dunia serta wang Dolar Amerika ini yang menyebabkan kita dan negara-negara lain terpaksa berhutang dengan konco-konco mereka sampai bila-bila.

Dolar Amerika ini hanyalah wang kertas yang dipaksakan nilainya di seluruh dunia sebagai alat perdagangan / pertukaran utama dunia. Kini Dolar Amerika semakin menyusut disebabkan hutangnya yang amat tinggi lebih US$8 TRILLION, dan akan bertambah hari demi hari sehingga kalau difikir secara logiknya mana mungkin boleh naik balik nilainya……


Tenatnya Dolar Amerika kini menyebabkan urusan kos perdagangan antarabangsa semakin meningkat menyebabkan banyak negara di dunia kini mula cari alternatif lain untuk gantikan Dolar Amerika macam cadangan nak gunakan matawang EURO.


Tapi kita selaku umat islam seharusnya mula kembali kepada Dinar Emas, satu-satunya senjata ampuh yang umat islam ada. Umat islam mesti memulakan sistem kewangan berasaskan matawang dinar emas ini. Ramai pakar ekonomi islam mengatakan akan kemampuan dan kekuatan Dinar Emas ini dalam perdagangan antarabangsa. Umat islam mesti berusaha menjadikan Dinar Emas sebagai matawang perdangangan di kalangan umat islam. Walaubagaimanapun itulah masalahnya, orang Yahudi kufur akan cuba memastikan supaya umat islam tidak kembali kepada emas sebagai alat perdagangan, kerana mereka sendiri mengakui kehebatan emas ini. 


Kita kena tahu bahawa senjata utama orangYahudi kufur ialah sistem kewangannya yang berasaskan riba’ manakala senjata umat islam ialah Dinar Emas tanpa riba’. Jadi sama-samalah kita kembalikan revolusi kegemilangan Dinar Emas ini semula. Marilah sama-sama kita memiliki Dinar Emas.

0 ulasan:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP