@Menjual Emas @Menjual Dinar @Membeli Emas @Membeli Dinar @Membeli Emas Terpakai @Membeli Surat Pajak


Khamis, 21 Januari 2010

Sangkaan Dangkal

Dalam dok ronda-ronda untuk tambah info pasal emas tersepak lak sampah ni, aku kutip mana tau kot boleh kitar semula lagi pun blog ni dah lama tak update sebab aku bukannya pro dalam bab emas ni berbanding otai-otai yang dah lama berkecimpung ngan emas. Bukan sesaja nak cari untung, cuma nak kongsi maklumat baik dan buruk dalam emas, pendek kata (panjang belum kata apa-apa hehhe) apa saja yang berkaitan emas aku akan sumbat dalam blog ni kalau sesuai la.

Pasal berita kat bawah nanti aku tak perlu ulas panjang lebar, sebab ramai yang arif tentang emas ni memang berharga. Emas Kemboja pun boleh laku takkan emas Malaysia tak boleh?!

p/s : memang Awang Adek ni layak jadi  Timbalan Menteri Kewangan sebab ada idea dalam kewangan untuk menyusut nilai harta orang awam cam aku.


BACHOK 27 Sept. – Mereka yang membeli dan menyimpan Dinar yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri Kelantan mesti bersedia untuk menghadapi risiko kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran tempatan dan antarabangsa, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Ini kerana Dinar, mata wang emas, hanya dilaksanakan oleh kerajaan negeri secara sendirian dan tidak boleh diterima oleh undang-undang (kewangan) negara, ujar beliau.

“Ia sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang- barang kemas di kedai emas,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian wang zakat kepada 25 fakir miskin di Mukim Pak Pura, Beris Kubur Besar di sini semalam.

Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah.

Awang Adek mengulas pelancaran pada Rabu lepas mata wang Dinar oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai konsep tabungan kepada rakyat Kelantan.

Awang Adek yang juga anggota Parlimen Bachok berkata, sudah menjadi tabiat orang Kelantan suka menyimpan barang-barang emas yang direka daripada pelbagai bentuk dan mudah dibawa ke mana-mana.

Bagaimanapun, katanya, mereka boleh mengalami kerugian besar apabila nilainya jatuh atau terpaksa menjualnya apabila memerlukan wang segera yang harganya akan ditentukan sesuka hati oleh pekedai emas.

Beliau yakin sebilangan kecil saja rakyat Kelantan yang terpengaruh kerana mereka sudah menyedari ia tidak lebih dari “satu gimik politik”.

– Bernama


0 ulasan:

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP