@Menjual Emas @Menjual Dinar @Membeli Emas @Membeli Dinar @Membeli Emas Terpakai @Membeli Surat Pajak

Khamis, 2009 November 12

Zakat Emas

Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh:
2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat    = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.
Contoh:
Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Untuk lebih mudah sila gunakan kulkulator zakat melalui kalkulator-zakat-emas

Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:
  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma, ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.

Dalil zakat perak

 

Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:
"..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)". (Riwayat Muslim)
Maksudnya:
"Pada perak (zakatnya) 1/40...". (Riwayat Al-Bukhari )

Contoh pengiraan zakat perak


Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%
Katakan Ahmad menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
* harga semasa perak (contoh) = RM 0.62
Zakat =  1,000 gm x 0.62 x2.5%
=  15.50

Isnin, 2009 Oktober 19

Bencana Kucupkan Nilai Harta Dimiliki


Indonesia mungkin ada Malaysia yang baik dan budiman untuk menolong setiap kali gempa bumi. Tetapi kita, Malaysia, belum tentu ada sesiapa untuk membantu. Kita harus beringat bahawa dalam tempoh hampir dua tahun, sejak penghujung 2007, Malaysia mencatatkan 40 gempa bumi lemah. 37 daripadanya berlaku di sekitar garis sesar (garisan gempa bumi) Bentong di Pahang. Tiga lagi gempa bumi berlaku di Manjung (Perak) dan Jerantut (Pahang). Demikianlah laporan yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Rosaidi Che Abas. Mungkin kejadian gempa ini akan menjadi bertambah kuat sekiranya ada lagi perbicaraan tertangguh, atau sekiranya ada pembunuh yang masih berkeliaran. Bencana tidak sahaja ujian, ia boleh jadi bala. Justeru kerana belum tentu kita akan ditolongi oleh jiran-jiran maka maklumat yang diberitakan dalam laman Pusat Maklumat Rakyat milik Jabatan Penerangan Malaysia ini eloklah diulit dan dibaca. (sedutan faisaltehrani)
 
 Sekiranya ianya menjadi kenyataan yang memeritkan untuk ditempuh, apakah nilai wang anda akan barada pada paras selesa? kemungkinan pelaburan hartanah, perumahan dll yang berbentuk kekal seperti binaan akan terjamin?

Jawapanya, tidak!! tiada jaminan kerana kemungkinan semua itu akan musnah bersama gempa bumi.

Antara jalan untuk keluar dari kebimbangan ini ialah anda membuat sebahagian harta anda untuk membuat simpanan, pelaburan dalam bentuk emas yang mempunyai harapan untuk kita bila berlaku gempa dan bencana.

Atau, sekiranya kita sebahagian dari pelarian kerana bencana atau ketidaksetabilan politik seperti peperangan. Adakah nilai wang berjuta kita akan laku?? tetapi bagi emas tetap mempunyai nilai dimana bumi dipijak selagi manusia meneruskan urus niaga.

Rabu, 2009 Oktober 14

Semak Harga PG Terkini Melalui SMS

Mengetahui perkembangan harga terkini adalah merupakan perkara yangs angat penting bagi melicinkan urusan jual beli. Mungkin peluang untuk menggunakan talian internet kadangkala terbatas disebabkan kawasan liputan, bekalan talian belum ada dan sebagainya. Kini PG memperkenalkan khidmat SMS bagi membuat semakan harga terkini.

Perkhimatan ini dikenakan RM0.30/SMS.

Bagi mendapatkan harga Public Gold, taip public gold dan hantar ke 32828.

Bagi mendapatkan harga Public Dinar, taip public dinar dan hantar ke 32828.

Bismillah Tawakkal 'Alallah

Membuka bicara, menyusun kata. Hari ini 13 Okt. 2009 aku beli emas 999.9 dengan harga RM2506.00 dengan pokli.

Sebenarnya pengetahuan aku tentang emas pelaburan ni amat sedikit. Oleh kerana keyakinan kepada emas dan berbekalkan sedikit maklumat yang sempat dikumpul melalui bacaan internet dsb. aku gagahkan juga untuk menceburi bidang pelaburan dan perniagaan ini.

Aku juga macam orang lain yang inginkan keuntungan dalam pelaburan. Harap-harap ia merupakan pilihan terbaik.

Mula balik umah cerita kat isteri, banyak tanya gak dia, nasib baik dapat fahamkan dengan ilmu yang sekelumit ini.

So... entri pertama ini mungkin amat terhad. Aku pun nak rehat tido jap lagi sekarang dah kul 4.00 pagi 14 Okt 09. Tido lambat sebab nak siapkan blog ni la :D:D

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP